Antara Header Dan Main

Antara Header Dan Main

Blogger-Mu

 

Wednesday, May 12, 2010

Blogger Draft | Pemudah Cara Untuk Mereka Paparan Yang Menarik

Baru-baru ini saya mencuba suatu yang dinamakan sebagai blogger draft. Beza antara blogger draft dengan blogger biasa adalah, blogger draft mengandungi apa yang digelar sebagai template designer (design) menggantikan layout (layout). Ia adalah pemudah bagi sesiapa yang tiada asas untuk mereka paparan blog mengikut cita rasa masing-masing. Saya sudah mencubanya. Ia memang mudah, dan menarik.

Kalau mahu mencuba, sila log in seperti biasa, kemudian tukar url anda dari blogger.com kepada draft.blogger.com. Atau sejak dari mula lagi anda login dari draft.blogger.com. Kemudian lihat (layout) sudah bertukar menjadi (design). Cuba.

Adapun kekurangannya, saya tidak nampak setakat ini. Saya sudah menjadikan Blogger Draft sebagai setting default saya.