Antara Header Dan Main

Antara Header Dan Main

Blogger-Mu

 

Saturday, April 12, 2008

Mencipta/Membina Menubar

[Entri ini diedit semula pada 20Jun 2008, sebab ada nota tertinggal. Nota itu ditambah di akhir entri ini.]

Seorang kawan meminta saya membuatkan tutorial ini. Tapi sebenarnya, saya bukan menciptanya sendiri, tetapi adalah ciptaan hackers yang lain. Kelak kalau saya sudah ada tutorial sendiri mengenai menubar ini, maka saya akan paparkan.

Sebelum itu, kalau saudara tak tahu apa itu menubar, ia adalah seperti gambar berikut.

Atau gambar ini.


Berminat?

Menubar, seteliti saya, ada dua jenis, yang selalu orang-orang kita suka guna. Satu, menubar yang merujuk kepada URL web tertentu. Contohnya, dia mahukan menubar itu kalau diklik, akan menuju kepada web tertentu. Atau yang kedua, menubar yang merujuk kepada label dalam blognya.

Label maksud saya, dalam blog dia itu, dia ada meletakkan label bagi setiap entri, contohnya, ada 10 entri berlabelkan 'komputer', 24 entri berlabelkan 'sukan', ada 33 entri mengenai 'kesihatan', contohnya. Jadi, dia mahu setiap tajuk label ini diletakkan di menubar. Faham kan penjelasan saya?

Saya akan bentangkan yang pertama sahaja dulu. Iaitu, menubar yang dia mahukan, adalah menubar yang merujuk kepada URL web-web tertentu. Jadi, ia dalam 3 langkah mudah.

Pertama, memilih, menubar mana satu anda suka. Sila klik link ini, dan pilih menubar kegemaran anda. Suka yang A kah, B kah, C kah. Kemudian, ingat betul-betul. Contohnya, anda suka Tabs jenis B.

Kedua, menyalin kod Tabs tersebut. Saya ada uploadkan kod untuk semua jenis Tabs itu dalam satu notepad. Di sini. Sila klik kanan, pilih save as, dan muat turun. Kemudian, contohnya anda minat Tabs jenis B, so, sila copy kod untuk Tabs jenis B sahaja, dan masukkan ke Edit HTML anda. Tahu di mana Edit HTML anda? [Layout - Edit HTML]

Sila paste-kan kod tersebut di kawasan yang dipanggil CSS - header. Iaitu SEBELUM kod

]] / b: skin >
< / head >


Setelah anda paste-kan kod HTML untuk Tabs B (contohnya) di situ, sila save.

Ketiga, sila download notepad ini dengan mengklik kanan dan save as. Sila buka notepad itu, anda akan dapati DIV ID nya adalah Tabs F. So, tukarkan kepada Tabs B kalau anda memilih Tabs B. [PENTING]

Kemudian, dalam a href itu, adalah URL yang anda mahukan terpapar sebagai menubar anda. Sila tukar kepada mana-mana link yang anda suka.

[Edit: kemudian, setelah anda ubah URL itu, sila ke 'add page element', pilih HTML dan paste-kan kod-nya di situ.]

Itu sahaja. Selamat mencuba.

Tuesday, February 26, 2008

Bagaimana Kalau Mahu Upload XML, Tapi Tak Mahu Menyebabkan Terpaksa Men-Delete Gambar Atau HTML? (Tak Mahu Men-Delete Widget)

Bagi mereka yang pernah melaksanakan tutorial saya berkenaan 'menguploadkan xml' akan selalu mendapati arahan/nasihat saya untuk mem-back-up-kan semua kod html dan gambar yang mereka sedia letak di sidebar, atau di header dan sebagainya. Kenapa? Kerana blog anda memang telah ada xmlnya sendiri, dan xml yang bakal anda upload akan menindih-hilangkan semua xml anda sebelum ini.

Antara benda yang ditindih-hilangkan adalah gambar dan kod-kod html yang anda sedia letak di blog anda.

Namun, saya juga mendapati bahawa, ada cara supaya gambar dan kod html ini tidak perlu di-delete dan ditindih-hilang. Terlebih dahulu, anda perlu mengetahui bahawa, setiap gambar dan kod html yang anda letak di blog diwakili oleh 'widget'. Sebagai contoh, dalam blog saya, saya ada meletakkan gambar bertajuk 'niha'. Maka di sidebar wrapper saya, ada widget jenis 'image', dengan id 'Image2' dan dengan title 'niha'. Untuk memahami dengan lebih jelas, rujuk gambar ini.


Tandakan kotak Expand Widget Templates. Setelah Expand Widget Templates ditanda, kod detail keluar, cuba tekan Ctrl F dan saya taip 'niha' untuk mencari kodnya. Maka, sejumlah kod berkaitan gambar niha muncul.


Copy/Salin kod ini selengkapnya, dan simpan di notepad. Oleh kerana setiap widget dimulai dengan b widget dan di akhiri dengan /b widget, jangan ada keciciran dalam meng-copy.


Kemudian, baru lakukan kerja upload xml anda. Ketika upload, anda diminta men-delete widget, tolong jangan tekan 'confirm dan save'. Sebaliknya, scroll html anda, dan cari sidebar wrapper.


Paste-kan semula kod gambar niha - yang anda letak sementara di notepad tadi - selepas preferred yes.

Kemudian, tekan 'save template'. Dengan itu, anda telah berjaya mengelakkan diri dari terpaksa mendelete kod html atau gambar, dan dalam masa yang sama, ada juga telah berjaya meng-upload xml anda.

Thursday, February 14, 2008

Template Denim Tiga Kolum

Sudah agak lama saya tak mengemaskini blog ini. Setelah sekian lama, hari ini saya menyiapkan xml 3 kolum untuk template jenis Denim.

Sebelum bersyarah, saya ada perhatikan beberapa kawan yang cuba berminat dengan idea 3 kolum, tetapi mereka melakukan perubahan yang drastik dalam kod html mereka. Barangkali kerana mereka mengambil kod itu dari web-web yang menyediakan templte tiga kolum, tetapi saya tidak faham kenapa kodnya begitu serabut dan menyukarkan. Mungkin kerana terlalu banyak perubahan yang dibuat.

Ayuh kita mulakan sesi 3 kolum edisi template jenis Denim.

Seperti biasa, back-up semua kod html anda, yang anda letakkan di sidebar mahupun di header. Juga footer sekiranya ada. Back-up yang saya maksudkan adalah, sila simpan kod itu sementara dalam notepad untuk awasan. Dan juga simpan semua gambar yang anda letak di sidebar mahupun header atau footer, kalau ada. Kenapa? Mungkin gambar dan kod ini akan hilang semasa proses seterusnya.

[ Untuk mereka yang pakar: Jika anda sudah selalu mengikuti tutorial ini, anda boleh menyelamatkan daripada kes kod hilang dengan cara menyelamatkan semua widget yang ada di sidebar dan footer/header anda. Maksud saya, copy ke notepad sementara. Tapi kalau tak biasa, tak mengapa. ]


Setelah back-up kod dan gambar, sila download xml ini dengan mengklik kanan dan save as, ia mempunyai paparan 3 kolum, iaitu kedua-dua sidebar berada di sebelah kanan. Kalau mahukan template 3 kolum Denim dengan kedua-dua sidebar berada di sebelah kiri, sila download xml ini dengan mengklik kanan dan save as. Dan kalau mahu template 3 kolum Denim dengan satu sidebar di sebelah kanan, dan satu sidebar di sebelah kiri, sila download xml ini dengan cara yang sama.

Xml yang anda download perlu diuploadkan ke blog anda.

Sila ke layout - edit html - dan lihat ruangan back-up dan restore template. Klik browse dan cari xml yang anda telah download tadi. Anda akan diminta mendelete beberapa item, sila akur dan delete. Nanti setelah selesai, anda boleh masukkan semula item itu, ya. Itulah pentingnya back-up. Tapi kalau pandai, masa ini anda boleh masukkan widget-widget yang anda copy ke notepad tadi. Tapi kalau tak tahu macam-mana, tak mengapa.

Setelah selesai save, anda akan mendapati rupa blog anda adalah seperti berikut:

Dua-dua sidebar kanan.


Dua-dua sidebar kiri:


Satu sidebar kanan, satu sidebar kiri:


Baiklah, selamat mencuba.