Antara Header Dan Main

Antara Header Dan Main

Blogger-Mu

 

Sunday, June 3, 2007

Template Minima White 3 Kolum, Ada 3 Variasi

Saya semalam mengusahakan template 3 kolum berasaskan template MINIMA yang berwarna putih. Ada 3 bentuk. Maksud saya, template MINIMA putih ini, setelah dijadikan 3 kolum, ia ada 3 variasi. Satu; sidebar berada di kanan dan kiri bahagian posting. Dua; kedua sidebar berada di kanan posting. Tiga, kedua-dua sidebar berada di kiri posting. Anda boleh pilih mana yang anda minat.

Saya pergi dari satu ke satu.


Ini adalah 3 kolum, dengan sidebar kanan dah kiri. Kalau mahu mencuba template ini, sila download xml ini dengan cara klik kanan, dan save as. Kemudian download notepad ini dengan cara yang sama.

Pastikan anda telah memback-up semua kod dan gambar yg anda letak di blog. Mungkin semasa proses ini, anda akan mendelete beberapa perkara. Jadi back-up akan digunakan sebagai langkah keselamatan.

Setelah itu, upload xml tadi. Pergi Layout - edit html - dan dan uploadkan xml anda di situ dengan browse dan meng-upload-nya.

Mungkin anda diminta mendelete beberapa item. Sila delete dan save.

Kemudian pergi ke Page Element, sila klik add page element di bahagian bawah header, dan masukkan kod yang ada dalam notepad tadi. Pilih add page element jenis 'HTML&Java script'. Tak perlu letak title (tajuk).

Selesai.

Ini pula adalah template MINIMA white juga, 3 kolum, tetapi kedua-dua sidebar di sebelah kanan. Saya bahkan menambah sidebar khas utk yang ini. Lihat di bawah.

Berminat? Mula-mula, sila download xml ini, dengan cara klik kanan, dan pilih save as. Dan, anda juga memerlukan notepad yang sama seperti di atas.

Ya, anda perlu sediakan back-up, kod-kod yang ada di blog anda, juga gambar.

XML itu perlu diupload, sila ikut langkah upload xml seperti yang saya terangkan di atas tadi. Juga anda perlu menambah kod di Page Element. Ikut langkah seperti yang di atas tadi.

Ini pula template MINIMA WHITE juga, 3 kolum, dengan kedua-dua sidebar berada di kiri. XML berada di sini, sila download, dan notepad juga perlu. Langkahnya sama seperti di atas.

Back-up, download, upload, delete, save, page element, semuanya sama seperti yang di atas.

Selamat mencuba.