Antara Header Dan Main

Antara Header Dan Main

Blogger-Mu

 

Sunday, June 3, 2007

Template Minima White 3 Kolum, Ada 3 Variasi

Saya semalam mengusahakan template 3 kolum berasaskan template MINIMA yang berwarna putih. Ada 3 bentuk. Maksud saya, template MINIMA putih ini, setelah dijadikan 3 kolum, ia ada 3 variasi. Satu; sidebar berada di kanan dan kiri bahagian posting. Dua; kedua sidebar berada di kanan posting. Tiga, kedua-dua sidebar berada di kiri posting. Anda boleh pilih mana yang anda minat.

Saya pergi dari satu ke satu.


Ini adalah 3 kolum, dengan sidebar kanan dah kiri. Kalau mahu mencuba template ini, sila download xml ini dengan cara klik kanan, dan save as. Kemudian download notepad ini dengan cara yang sama.

Pastikan anda telah memback-up semua kod dan gambar yg anda letak di blog. Mungkin semasa proses ini, anda akan mendelete beberapa perkara. Jadi back-up akan digunakan sebagai langkah keselamatan.

Setelah itu, upload xml tadi. Pergi Layout - edit html - dan dan uploadkan xml anda di situ dengan browse dan meng-upload-nya.

Mungkin anda diminta mendelete beberapa item. Sila delete dan save.

Kemudian pergi ke Page Element, sila klik add page element di bahagian bawah header, dan masukkan kod yang ada dalam notepad tadi. Pilih add page element jenis 'HTML&Java script'. Tak perlu letak title (tajuk).

Selesai.

Ini pula adalah template MINIMA white juga, 3 kolum, tetapi kedua-dua sidebar di sebelah kanan. Saya bahkan menambah sidebar khas utk yang ini. Lihat di bawah.

Berminat? Mula-mula, sila download xml ini, dengan cara klik kanan, dan pilih save as. Dan, anda juga memerlukan notepad yang sama seperti di atas.

Ya, anda perlu sediakan back-up, kod-kod yang ada di blog anda, juga gambar.

XML itu perlu diupload, sila ikut langkah upload xml seperti yang saya terangkan di atas tadi. Juga anda perlu menambah kod di Page Element. Ikut langkah seperti yang di atas tadi.

Ini pula template MINIMA WHITE juga, 3 kolum, dengan kedua-dua sidebar berada di kiri. XML berada di sini, sila download, dan notepad juga perlu. Langkahnya sama seperti di atas.

Back-up, download, upload, delete, save, page element, semuanya sama seperti yang di atas.

Selamat mencuba.

6 comments:

pramod said...

Hey, we noticed that you're from Egypt and thought you might like to check out www.VerveEarth.com. It's a site for bloggers built on GoogleMaps. You can add your blog to the global voice, drive traffic, and put a widget on your blog. Cheers! -VerveEarth Team

'' fii '' said...

ass ...
setelah nyoba berbagai cara tetap aja gagal, untung ketemu blog ini ...
makasih ya , akhirnya aku bisa dapetin jg blog 3 kolom ...

makasih banyak

'' fii '' said...

ass ...
setelah nyoba berbagai cara tetap aja gagal, untung ketemu blog ini ...
makasih ya , akhirnya aku bisa dapetin jg blog 3 kolom ...

makasih banyak

Anonymous said...

assalamualaikum bro. ada org ckp "create a new blog" suupaya widget smua tu nnt leh copy paste blk. Tp pd pandangan sye, ngape tak trs ubah blog yg asal yg ade byk posting lme? sbb ubah 2 jd 3 kolum kn posting tak effect? yg widget smua tu kte notepad la kt memane dlu.. minta tunjuk ajar sket.tq

Anonymous said...

maaf kerana tamak soalan. bagaimana nk kekalkan post? maksud sye, nk kopi kod yg mne dlm template asal utk dibawa ke blog baru?

MZP said...

Sepemerhatian saya, setiap satu blog dalam blogger ini, yang asli dan yang tidak boleh dipindah hanyalah posting. Dan saya tak jumpa, dan saya rasa tak ada cara untuk memindahkan posting dari blog A ke blog B melainkan kita copy setiap satu entri dari A ke B. Maksudnya, tak memadai kita copy kod tertentu untuk memindahkan dari A ke B.

Itu yang saya perhatikanlah.

Adapun, benda lain, ada 2 jenis. Satu, benda yang kita upload ke server blogger, seperti kita gunakan add page element blogger untuk upload picture. maka, picture itu akan masuk terus ke server blogspot. Benda yang seperti ini, kalau kita delete kod dia, kemudian kita save, maka ia dikira kita mendelete dari server blogspot. Maksudnya, tak boleh kita copy kod ke notepad, dan di waktu lain kita paste semula. Sebab waktu kita delete, kita mendelete dr server blogger, dan kalau kita nak ia ada semula, kita kena upload semula. Sebab itu,gambar itu baik kita save dan simpan dalam komputer sebelum kerja edit.

Jenis kedua, adalah kod yang sebenarnya bergantung dengan web lain. Contoh, kita letak gambar di phtobucket, kemudian kta ambil link dia, dan kita letak di blog kita. Kod ini, kita boleh copy dan letak di notepade, tanpa perlu simpan gambar itu. Sebab, apabila kita delete kod ini, ia tidak hilang dari web ftotobucket. Jadi, apabila kita paste semula, ia ada kembali.

Kerana itu, saya mencadangkan utk copy semula kod dan letak di dalam notepad. Begitu juga gambar yang diletakkan di side bar dan di header juga di footer di download sblm kerja2 edit.