Antara Header Dan Main

Antara Header Dan Main

Blogger-Mu

 

Thursday, May 3, 2007

Template Rose And Love - Yang Dipakaikan Sistem Blogger Baru

Template ini bukanlah template blogger, tetapi dari laman Pannasmontata. Saya cuba memakaikan sistem blogger baru, yang punya add page element dan ubahsuai font dan color. Rupa template itu adalah seperti di bawah ini.


Sebelum mencuba template ini, suka saya mengingatkan, agar anda menyimpan gambar back-up bagi gambar yang anda letak di sidebar. Kemungkinan gambar itu akan hilang. Juga kod-kod yang anda guna dalam template sebelum ini.

Kedua, sila download gambar ini dengan mengklik kanan pada link ini dan pilih save as.
Ketiga, sila download xml ini dengan klik kanan link ini dan pilih save as.

Perhatian, sekiranya anda masih menggunakan blogger jenis lama, sila upgrade template anda kepada sistem baru. Pergi ke [template] + [customize design] + [upgrade your template] dan buat sementara, pilih mana-mana saja template.

Keempat, sila ke [template] - [edit html].
Lihat bahagian back-up /restore template. Klik browse, dan uploadkan xml yang anda download di atas tadi. [Perhatian, mungkin anda diminta mendelete sesuatu dalam proses ini. Sila delete dan save]


Kemudian, pergi bahagian [page element], di bahagian header, sila klik edit.


Kemudian, satu paparan akan keluar. Di bahagian image, sila klik browse, dan uploadkan gambar yang anda download di atas tadi. Kemudian klik save changes.


Sekarang, template anda sudah siap. Selamat mencuba.

No comments: