Antara Header Dan Main

Antara Header Dan Main

Blogger-Mu

 

Monday, March 12, 2007

Menambah Add Page Element Ke Atas [Main]


Main adalah kawasan posting. Soal seorang kawan, boleh tak nak letak [add page element] kat atas main?

Ikuti langkah ini. Cari kod ini.


Tukarkan perkataan no kepada 'yes'


Save sekarang.Lihat hasilnya di page element.

Dah ada kan sekarang?
Selamat Mencuba

Mewujudkan 2 Jenis Sidebar Di Satu Sisi Yang Sama, Satu Besar, Dan Satu Kecil

Menjelaskan maksud tajuk kadang-kala sangat susah. Lihat contoh page element di bawah. Anda akan dapati sidebarnya di sebelah kanan. Tapi, satu besar, berada di atas, dan 2 lagi sidebar kecil, berada di bawahnya.

Seorang kawan bertanya, bagaimana hendak membina sidebar sebegini?


Pertama, cari kod ini.

Header wrapper, tukarkan dari 660px kepada 980px. Supaya headernya jadi besar. Kemudian cari kod ini.

Outer wrapper, tukarkan dari 660px kepada 980px. Main wrapper, tukarkan dari 410px kepada 500px.

Kemudian lihat sidebar wrapper.


Copy kod sidebar wrapper itu seperti di bawah, sebanyak 2 kali, supaya ada 3 sidebar. Kekalkan kod sidebar yang asal, cuma ubah witdh-nya, 220px kepada 210px. Sidebar yang di-copy tadi, tukarkan namanya kepada sidebar2 dan sidebar3. Sidebar2 saiznya 210px, dan float-nya left, sebab sidebar asal float-nya right. Adapun sidebar3, saiznya 460px.


Konsepnya mudah, sidebar3 akan 'meliputi' sidebar 1 dan 2.

Oya, jangan lupa besarkan footer juga, dari 660px kepada 980px.


Sekarang, cari [div id sidebar wrapper]. Delete-kan b widgetnya, dan kekalkan yang lain.


Setelah delete, baki kod di [div id sidebar wrapper] akan tinggal seperti di bawah.

Copy baki kod itu sebanyak 2 kali, menyebabkan div id sidebar akan ada 3. Satu yang asal, dan 2 yang baru. Namakan yang baru itu sebagai sidebar2 dan sidebar3.

Lihat sidebar3 yang baru itu. Selain [ div ] yang berada di bawah sekali, semua kod akan dibawa ke atas.

Hasilnya akan jadi seperti di bawah.

Oleh kerana kita mendelete b widget, maka, kalau kita klik save template sekarang, maka paparan ini akan muncul - bertanya mahu delete-kah?


Kalau anda pergi ke page element sekarang, hasilnya sudah kelihatan, iaitu, Mewujudkan 2 Jenis Sidebar Di Satu Sisi Yang Sama, Satu Besar, Dan Satu Kecil


Selamat mencuba

Sunday, March 11, 2007

Bagaimana Menambah [Add Page Element] di antara [Header] dengan [Main]

Header adalah banner atas sesebuah blog. Main yang saya maksudkan adalah kawasan posting. Jadi, menambah di antara 2 kawasan ini.

Teori yang saya gunakan adalah; mengekalkan kawasan main [kawasan posting] dan sidebar asal, dan saya MENAMBAH main2 dan sidebar2.

Ikuti langkah ini. Mula-mula, cari kawasan content. Besarkan witdh untuk content wrapper kepada 980px, witdh untuk wrapper kepada 700px, dan witdh untuk sidebar kepada 250px.


Copy semua kod content ini, dan paste-kan di bawahnya. Namakan content baru ini sebagai content2


Kemudian cari kod ini.
Copy semua dari [div id main wrapper] hinggalah ke [end content]. Paste-kan [div id main wrapper] baru ini SEBELUM kod div id asal ini. Kemudian, tukar namanya kepada main2.

Delete-kan b widget setelah anda menukar main kepada main2. Ada beberapa lagi yang juga kena tukar namanya kepada 2, seperti sidebar2 dll. Tengok rajah. Setelah anda delete b widget, ia akan jd seperti rajah di bawah. Kawasan itu kosong. Tetapi kod yang lain masih kekal.


Kemudian, pergi ke kawasan content2 yang kita tambah tadi. Tukarkan float dari left kepada right, dan right kepada left.

DARI
KEPADA

Kalau anda save sekarang, anda akan melihat sudah ada 2 main, dan 2 sidebar. Main 1 berada di sebelah kiri, dan main 2 di sebelah kanan. Sidebar1 di sebelah kanan, dan sidebar2 di sebelah kiri.

Sekarang, kita akan mendelete main2, kerana tak mahu kawasan posting keluar di blog dua kali, dan kita akan gantikannya dengan sidebar baru yang akan ditambah. Ikuti langkah berikutnya.

Pergi ke [div id main2] dan delete kawasan yang ditanda.

Kemudian copy [div id sidebar2] di bawahnya, paste-kan di tempat main yang kita delete tadi. Namakan sidebar baru ini sebagai sidebar3.

Kemudian cari kod ini.

Copykan dan pastekan di bawahnya. Namakan sebagai sidebar3. Jangan lupa besarkan witdh kepada 460px, dan tukarkan float kepada right dan left. Biar ada right dan left.


Sekarang save. Anda akan ditanya adakah benar mahu delete blog2. Klik confirm dan save. Ini berlaku kerana kita mendelete main2 tadi.


Selesai. Pergi lihat bentuknya di page element anda. Anda dapati, sudah ada add page element di antara header dengan main posting.


Selamat mencuba.

Saturday, March 10, 2007

Membuang Navbar.

Pernah terfikir tak pasal navbar? Nak buang tak?


Cari kawasan kod ni.


Kemudian tambahkan kod ini antara dua kawasan tu.

#navbar-iframe {
height:0px;
visibility:hidden;
display:none
}


Selamat mencuba

Friday, March 9, 2007

Bagaimana Menambah Add Page Element Di Header?

Untuk Menambah Add Page Element Di Header, anda perlu mengubah kod header menjadi mirip dengan kod sidebar. Perhatikan asalnya.



Anda akan mengubah header anda menjadi seperti ini. Ia adalah mirip dengan sidebar, cuma namanya lain.

Dan kemudian klik save. Mungkin anda diminta mendelete header. Seterusnya, kalau buka page element, ia akan keluar pilihan [add page element] di header.


Kalau nak tambah gambar di header, inilah masanya.

Wednesday, March 7, 2007

Macam mana nak buat 3 kolum / Macam mana nak tambah satu side bar lagi

Saya maksudkan, untuk mereka yang menggunakan blogger jenis baru [new blogger] dan menggunakan sistem baru [tidak merevert kepada old template]

Ada banyak laman yang ajar benda ni. Macam blog niezom dot blogspot, atau blog beautifulbeta dot blogspot. Saya nak juga terangkan, secara bergambar. Dalam percubaan ini, saya guna template [ Minima Ochre ]

Lihat.

Ini asalnya. Cuma ada satu sidebar. Dan satu main [ruang posting]


Pergi ke Edit HTML. Cari kawasan bertanda seperti di bawah. Iaitu, header wrapper


Tukarkan saiz header wrapper daripada 660px kepada 980px.



Cari kawasan outer wrapper dan main wrapper.


Tukarkan outer wrapper dari 660px kepada 980px. Main pula dari 410 kepada 400
Cari kawasan sidebar wrapper. PERHTIAN. Di sinilah kita mula menambah sidebar kedua. Kawasan ini masih di kawasan css.


Kemudian tambahkan satu lagi sidebar supaya menjadi sidebar kedua, dengan cara menyalin kod yang sama dan menukarkan namanya. Namakan ia sebagai sidebar2. Lihat di bawah. Kalau nak ada 3 sidebar, salin dan namakannya sidebar 3. Begitulah seterusnya.


Scroll ke bawah lagi, dan cari kod ni. PERHATIAN. Ini juga penting. Kawasan ini bukan lagi kawasan css.


Salin semula kod ini, dan pastekan di bawahnya. Buangkan b widget. Tukarkan namanya kepada sidebar2, juga di bahagian section. Perhati betul-betul. Ada dua tiga tempat perlu menukar nama kepada sidebar 2. Dan, kalau nak lebih dari 2, salin dan tampal. Namakan sebagai sidebar3. Begitulah seterusnya.


Jadi, dengan itu, anda sudah ada 2 sidebar. Kalau anda save dan melihat hasilnya, ia akan jadi seperti ini. Ada ruangan kosong di antara keduanya.


Di bahagian page element, ia akan jadi seperti ini.


Sekiranya anda add di kawasan itu, maka akan ada 2 sidebar. Dalam konsep yang sama, kalau nak buat banyak-banyak sidebar, pastikan anda menyalin sahaja kod [sidebar2]. Berikan nama baru seperti sidebar 3. Dan ya, hasil tambah semua saiz jangan lebih 980. Contoh di atas [ 400 main] + [220 sidebar] + [ 220 sidebar2 ] = 840.

Macam Mana Nak Besarkan Kawasan Header, Main Dan Sidebar Juga Footer

Untuk mengubah luas kawasan header, cari kod ini dan ubah dari 660px kepada 980px


Outer Wrapper juga perlu diubah kepada 980px. Main ubah kepada luas yang anda mahu. Contoh, 700px. Sidebar juga. Anda juga boleh ubah kedudukan sidebar dari kiri ke kanan, atau dari kanan ke kiri. Gantikan sama ada left atau right. Cuma, kalau sidebar ditukar kepada right, tukar juga main kepada left.


Dan akhirnya, untuk footer, gantikan kepada 980px.


Selamat mencuba.