Antara Header Dan Main

Antara Header Dan Main

Blogger-Mu

 
Showing posts with label Template 3 Kolum. Show all posts
Showing posts with label Template 3 Kolum. Show all posts

Thursday, February 14, 2008

Template Denim Tiga Kolum

Sudah agak lama saya tak mengemaskini blog ini. Setelah sekian lama, hari ini saya menyiapkan xml 3 kolum untuk template jenis Denim.

Sebelum bersyarah, saya ada perhatikan beberapa kawan yang cuba berminat dengan idea 3 kolum, tetapi mereka melakukan perubahan yang drastik dalam kod html mereka. Barangkali kerana mereka mengambil kod itu dari web-web yang menyediakan templte tiga kolum, tetapi saya tidak faham kenapa kodnya begitu serabut dan menyukarkan. Mungkin kerana terlalu banyak perubahan yang dibuat.

Ayuh kita mulakan sesi 3 kolum edisi template jenis Denim.

Seperti biasa, back-up semua kod html anda, yang anda letakkan di sidebar mahupun di header. Juga footer sekiranya ada. Back-up yang saya maksudkan adalah, sila simpan kod itu sementara dalam notepad untuk awasan. Dan juga simpan semua gambar yang anda letak di sidebar mahupun header atau footer, kalau ada. Kenapa? Mungkin gambar dan kod ini akan hilang semasa proses seterusnya.

[ Untuk mereka yang pakar: Jika anda sudah selalu mengikuti tutorial ini, anda boleh menyelamatkan daripada kes kod hilang dengan cara menyelamatkan semua widget yang ada di sidebar dan footer/header anda. Maksud saya, copy ke notepad sementara. Tapi kalau tak biasa, tak mengapa. ]


Setelah back-up kod dan gambar, sila download xml ini dengan mengklik kanan dan save as, ia mempunyai paparan 3 kolum, iaitu kedua-dua sidebar berada di sebelah kanan. Kalau mahukan template 3 kolum Denim dengan kedua-dua sidebar berada di sebelah kiri, sila download xml ini dengan mengklik kanan dan save as. Dan kalau mahu template 3 kolum Denim dengan satu sidebar di sebelah kanan, dan satu sidebar di sebelah kiri, sila download xml ini dengan cara yang sama.

Xml yang anda download perlu diuploadkan ke blog anda.

Sila ke layout - edit html - dan lihat ruangan back-up dan restore template. Klik browse dan cari xml yang anda telah download tadi. Anda akan diminta mendelete beberapa item, sila akur dan delete. Nanti setelah selesai, anda boleh masukkan semula item itu, ya. Itulah pentingnya back-up. Tapi kalau pandai, masa ini anda boleh masukkan widget-widget yang anda copy ke notepad tadi. Tapi kalau tak tahu macam-mana, tak mengapa.

Setelah selesai save, anda akan mendapati rupa blog anda adalah seperti berikut:

Dua-dua sidebar kanan.


Dua-dua sidebar kiri:


Satu sidebar kanan, satu sidebar kiri:


Baiklah, selamat mencuba.

Sunday, June 3, 2007

Template Minima White 3 Kolum, Ada 3 Variasi

Saya semalam mengusahakan template 3 kolum berasaskan template MINIMA yang berwarna putih. Ada 3 bentuk. Maksud saya, template MINIMA putih ini, setelah dijadikan 3 kolum, ia ada 3 variasi. Satu; sidebar berada di kanan dan kiri bahagian posting. Dua; kedua sidebar berada di kanan posting. Tiga, kedua-dua sidebar berada di kiri posting. Anda boleh pilih mana yang anda minat.

Saya pergi dari satu ke satu.


Ini adalah 3 kolum, dengan sidebar kanan dah kiri. Kalau mahu mencuba template ini, sila download xml ini dengan cara klik kanan, dan save as. Kemudian download notepad ini dengan cara yang sama.

Pastikan anda telah memback-up semua kod dan gambar yg anda letak di blog. Mungkin semasa proses ini, anda akan mendelete beberapa perkara. Jadi back-up akan digunakan sebagai langkah keselamatan.

Setelah itu, upload xml tadi. Pergi Layout - edit html - dan dan uploadkan xml anda di situ dengan browse dan meng-upload-nya.

Mungkin anda diminta mendelete beberapa item. Sila delete dan save.

Kemudian pergi ke Page Element, sila klik add page element di bahagian bawah header, dan masukkan kod yang ada dalam notepad tadi. Pilih add page element jenis 'HTML&Java script'. Tak perlu letak title (tajuk).

Selesai.

Ini pula adalah template MINIMA white juga, 3 kolum, tetapi kedua-dua sidebar di sebelah kanan. Saya bahkan menambah sidebar khas utk yang ini. Lihat di bawah.

Berminat? Mula-mula, sila download xml ini, dengan cara klik kanan, dan pilih save as. Dan, anda juga memerlukan notepad yang sama seperti di atas.

Ya, anda perlu sediakan back-up, kod-kod yang ada di blog anda, juga gambar.

XML itu perlu diupload, sila ikut langkah upload xml seperti yang saya terangkan di atas tadi. Juga anda perlu menambah kod di Page Element. Ikut langkah seperti yang di atas tadi.

Ini pula template MINIMA WHITE juga, 3 kolum, dengan kedua-dua sidebar berada di kiri. XML berada di sini, sila download, dan notepad juga perlu. Langkahnya sama seperti di atas.

Back-up, download, upload, delete, save, page element, semuanya sama seperti yang di atas.

Selamat mencuba.

Saturday, April 7, 2007

Template Rounders 3 Dengan 3 Kolum

Di sini saya baru siapkan xml untuk satu template lagi. Sesiapa yang menggunakan template Rounders 3 bolehlah mengambil xml ini untuk menukarkan blognya dari 2 kolum kepada 3. Kolum main berada di tengah-tengah, dan 2 kolum sidebar di kanan kirinya.

Seperti aturan panduan yang sebelum ini, sila simpan semua kod html yang anda letak di sidebar. Juga gambar yang anda upload. Simpan semua supaya boleh jadi bahan back up kemudian.

Kemudian, download xml 3 kolum ini, dengan mengklik kanan pada link ini , dan pilih save as.

Lepas itu, pergi ke layout/template, pergi ke edit html. Sekarang kita akan upload xml tadi. Klik browse untuk mencari xml tadi. Dan upload.

Anda mungkin diminta mendelete beberapa item. Sila klik delete. Item-item yang sudah di delete inilah tujuan anda diminta simpan kod html dan gambar tadi. Supaya boleh dimasukkan balik.

Saya juga telah menggunakan template jenis ini. Rounders 3 dengan 3 kolum. [Kemudian saya tukar warna kepada warna hitam dan kuning]

Dan yang ini pula, juga xml untuk rounders 3, cuma bezanya dengan xml yang atas, sidebar dua-dua di sebelah kanan, sebelah menyebelah, dan main di sebelah kiri. Kalau yang atas tadi tu, sidebar satu sebelah kanan dan satu sebelah kiri, xml yang ini kedua-duanya di sebelah kanan.

Selamat mencuba

Thursday, April 5, 2007

Template Baru 3 Kolum - Ubahsuai Daripada Thisaway Blue

Baru-baru ini ada kawan memberi komen. Katanya, tutorial untuk buat 3 kolum tidak jelas, sebab setiap template lain-lain. Saya turut memerhatikan dan mendapati kebenarannya juga. Lalu ide ini berkembang.

Bagaimana kalau saya sediakan siap-siap fail xml bagi template, anda cuma perlu download file xml ini dan upload ke blog anda. Dan SIAP! Siap langsung jadi 3 kolum tanpa perlu bersusah.

Sebelum itu ada baiknya menjelaskan mengapa 3 kolum jadi payah bagi sesetengah blog. Ini kerana, sesetengah jenis template blog menggunakan gambar sebagai item tambahan. Bila kita membuat pembesaran saiz sidebar atau main, atau menggandanya, gambar ini tidak membesar sekali bersama saiz tadi. Jadi, ubahsuai akan gagal.

Sesetengah jenis template blog yang lain, tak bergantung pada gambar dalam pemaparan rupa blog. Jadi, ia tak bermasalah untuk diubah saiz nya, atau untuk diganda sidebarnya.

Saya telah mengubah template Thisaway Blue menjadi 3 kolum, kolum main berada di tengah, dan dua sidebar di kanan dan kirinya. Kalau minat, klik kanan link ini, dan download xml yang saya siapkan.

Kemudian, pergi ke Layout/template - klik edit html. Di bahagian browse, klik dan cari xml yang anda download tadi. Kemudian selesaikan dengan mengklik upload.

Cuma jaga-jaga, sebab, dengan berbuat sedemikian, item-item yang anda add di sidebar akan hilang. Jadi, pindahkan dulu kod-kod html dan gambar-nya ke notepad buat sementara dan ke komputer dulu, nanti lepas upload baru masukkan balik.

Selamat mencuba.

Wednesday, March 7, 2007

Macam mana nak buat 3 kolum / Macam mana nak tambah satu side bar lagi

Saya maksudkan, untuk mereka yang menggunakan blogger jenis baru [new blogger] dan menggunakan sistem baru [tidak merevert kepada old template]

Ada banyak laman yang ajar benda ni. Macam blog niezom dot blogspot, atau blog beautifulbeta dot blogspot. Saya nak juga terangkan, secara bergambar. Dalam percubaan ini, saya guna template [ Minima Ochre ]

Lihat.

Ini asalnya. Cuma ada satu sidebar. Dan satu main [ruang posting]


Pergi ke Edit HTML. Cari kawasan bertanda seperti di bawah. Iaitu, header wrapper


Tukarkan saiz header wrapper daripada 660px kepada 980px.



Cari kawasan outer wrapper dan main wrapper.


Tukarkan outer wrapper dari 660px kepada 980px. Main pula dari 410 kepada 400
Cari kawasan sidebar wrapper. PERHTIAN. Di sinilah kita mula menambah sidebar kedua. Kawasan ini masih di kawasan css.


Kemudian tambahkan satu lagi sidebar supaya menjadi sidebar kedua, dengan cara menyalin kod yang sama dan menukarkan namanya. Namakan ia sebagai sidebar2. Lihat di bawah. Kalau nak ada 3 sidebar, salin dan namakannya sidebar 3. Begitulah seterusnya.


Scroll ke bawah lagi, dan cari kod ni. PERHATIAN. Ini juga penting. Kawasan ini bukan lagi kawasan css.


Salin semula kod ini, dan pastekan di bawahnya. Buangkan b widget. Tukarkan namanya kepada sidebar2, juga di bahagian section. Perhati betul-betul. Ada dua tiga tempat perlu menukar nama kepada sidebar 2. Dan, kalau nak lebih dari 2, salin dan tampal. Namakan sebagai sidebar3. Begitulah seterusnya.


Jadi, dengan itu, anda sudah ada 2 sidebar. Kalau anda save dan melihat hasilnya, ia akan jadi seperti ini. Ada ruangan kosong di antara keduanya.


Di bahagian page element, ia akan jadi seperti ini.


Sekiranya anda add di kawasan itu, maka akan ada 2 sidebar. Dalam konsep yang sama, kalau nak buat banyak-banyak sidebar, pastikan anda menyalin sahaja kod [sidebar2]. Berikan nama baru seperti sidebar 3. Dan ya, hasil tambah semua saiz jangan lebih 980. Contoh di atas [ 400 main] + [220 sidebar] + [ 220 sidebar2 ] = 840.