Antara Header Dan Main

Antara Header Dan Main

Blogger-Mu

 

Wednesday, March 7, 2007

Macam mana nak buat 3 kolum / Macam mana nak tambah satu side bar lagi

Saya maksudkan, untuk mereka yang menggunakan blogger jenis baru [new blogger] dan menggunakan sistem baru [tidak merevert kepada old template]

Ada banyak laman yang ajar benda ni. Macam blog niezom dot blogspot, atau blog beautifulbeta dot blogspot. Saya nak juga terangkan, secara bergambar. Dalam percubaan ini, saya guna template [ Minima Ochre ]

Lihat.

Ini asalnya. Cuma ada satu sidebar. Dan satu main [ruang posting]


Pergi ke Edit HTML. Cari kawasan bertanda seperti di bawah. Iaitu, header wrapper


Tukarkan saiz header wrapper daripada 660px kepada 980px.



Cari kawasan outer wrapper dan main wrapper.


Tukarkan outer wrapper dari 660px kepada 980px. Main pula dari 410 kepada 400
Cari kawasan sidebar wrapper. PERHTIAN. Di sinilah kita mula menambah sidebar kedua. Kawasan ini masih di kawasan css.


Kemudian tambahkan satu lagi sidebar supaya menjadi sidebar kedua, dengan cara menyalin kod yang sama dan menukarkan namanya. Namakan ia sebagai sidebar2. Lihat di bawah. Kalau nak ada 3 sidebar, salin dan namakannya sidebar 3. Begitulah seterusnya.


Scroll ke bawah lagi, dan cari kod ni. PERHATIAN. Ini juga penting. Kawasan ini bukan lagi kawasan css.


Salin semula kod ini, dan pastekan di bawahnya. Buangkan b widget. Tukarkan namanya kepada sidebar2, juga di bahagian section. Perhati betul-betul. Ada dua tiga tempat perlu menukar nama kepada sidebar 2. Dan, kalau nak lebih dari 2, salin dan tampal. Namakan sebagai sidebar3. Begitulah seterusnya.


Jadi, dengan itu, anda sudah ada 2 sidebar. Kalau anda save dan melihat hasilnya, ia akan jadi seperti ini. Ada ruangan kosong di antara keduanya.


Di bahagian page element, ia akan jadi seperti ini.


Sekiranya anda add di kawasan itu, maka akan ada 2 sidebar. Dalam konsep yang sama, kalau nak buat banyak-banyak sidebar, pastikan anda menyalin sahaja kod [sidebar2]. Berikan nama baru seperti sidebar 3. Dan ya, hasil tambah semua saiz jangan lebih 980. Contoh di atas [ 400 main] + [220 sidebar] + [ 220 sidebar2 ] = 840.

3 comments:

Unknown said...

Apabila Nizam terbaca artikel nie, Nizam tidak lah sehebat beautiful beta tuh . Nama blogger tuh Hans.

Tapi nizam dah siapkan acuan templates nih dengan 7 colums.

widebar
sidebar 1
sidebar 2
footer widebar

Boleh lihat di nizom dot blogspot sbg contoh
Bukan niezom dotblogspot. yg blog tuh gabungan pelbagai . Kalau laju dan puas hati.. boleh tanya nizam cemana nak hasilkan nya.Insya-Allah kita bantu org kita. hehehe.

MZP said...

Kalau nizam sendiri kata diri sendiri tak hebat, apatah lagi saya... Saya pun banyak lagi yang tak faham... huhu.

Sekadar godeh apa yang saya tahu, lagipun memang tak pernah belajar dari sesiapa, pandai-pandai sendiri.

Bahkan cipta istilah sendiri yang entah apa-apa. Isk. Malunya.

Asalnya sebab ramai kawan tanya pasal blogger baru ni, tu yang test-test. macam aljauhar dot blogspot.

Tapi kerana perkara ini memang bukan bidang saya, jadi kaedah yang saya tunjukkan tu mungkin tak menepati cara yang sebetulnya, walaupun hasilnya menjadi.

iEn said...

teman pon xhebat.. teman ikut jeek apa yg otai2 tu bg arahan.. lama2 teman pon dah dpt ilmu. Alhamdulillah, bleh edit beransur-ansur :)