Bagaimana kalau saya sediakan siap-siap fail xml bagi template, anda cuma perlu download file xml ini dan upload ke blog anda. Dan SIAP! Siap langsung jadi 3 kolum tanpa perlu bersusah.
Sebelum itu ada baiknya menjelaskan mengapa 3 kolum jadi payah bagi sesetengah blog. Ini kerana, sesetengah jenis template blog menggunakan gambar sebagai item tambahan. Bila kita membuat pembesaran saiz sidebar atau main, atau menggandanya, gambar ini tidak membesar sekali bersama saiz tadi. Jadi, ubahsuai akan gagal.
Sesetengah jenis template blog yang lain, tak bergantung pada gambar dalam pemaparan rupa blog. Jadi, ia tak bermasalah untuk diubah saiz nya, atau untuk diganda sidebarnya.
Kemudian, pergi ke Layout/template - klik edit html. Di bahagian browse, klik dan cari xml yang anda download tadi. Kemudian selesaikan dengan mengklik upload.
Cuma jaga-jaga, sebab, dengan berbuat sedemikian, item-item yang anda add di sidebar akan hilang. Jadi, pindahkan dulu kod-kod html dan gambar-nya ke notepad buat sementara dan ke komputer dulu, nanti lepas upload baru masukkan balik.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment