Antara Header Dan Main

Antara Header Dan Main

Blogger-Mu

 

Saturday, April 14, 2007

Template Baru Yang Mirip Dengan Blogger Dashboard

Di atas ini adalah paparan dasboard. Tiba-tiba saya terfikir, kalau saya buat satu template dengan paparan dashboard blogger ada baiknya juga. Yang lebih penting adalah, template baru yang saya buat ini mestilah boleh menerima pakai sistem blogger yang baru - ada add page element, ada font and colors.

Sebab, template baru yang boleh memakai sistem blogger baru amat sedikit. Berbanding template baru yang memakai sistem lama memanglah amat banyak.

Setelah mencuba, saya dapat hasilkan seperti contoh di bawah.

Ia memang tidak seratus peratus sama, saya dah cuba, tapi susah. Kerana saya ubah secara manual. :D. Kalau orang tahu yang saya buat cara manual pasti kena gelak. Hu hu hu.

Untuk mendapatkan paparan seperti ini, sila download xml ini dengan meng-klik kanan dan save as. Pergi ke edit html - upload-kan xml ini dengan browse di ruang upload, dan upload-kannya. Dengan itu, anda sudah memiliki paparan template ini.

Dan ya, seperti yang saya ingatkan dalam entri-entri sebelum ini, anda mungkin diminta mendelete beberapa benda. Jadi, sebelum upload, buatlah back-up untuk html dan gambar yang pernah anda pernah masukkan ke sidebar, header dan footer.

Oleh kerana template ini dalam ujian, mungkin anda tak boleh letakkan description (bimbang jejaskan bentuknya, saya juga kurang pasti). Saya tak pasti kalau ada kelemahan lain.

Apapun, ia simple dan lawa.

Selamat mencuba.

No comments: